KUCHING: Semangat 'Segulai Sejalai' yang bermaksud seiring sejalan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang berjaya dizahirkan menerusi sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Stadium Perpaduan di sini malam ini.
Bertemakan Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata sambutan kali ini bertepatan dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengangkat perpaduan sebagai kunci utama kestabilan negara.
Fahmi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023, berkata tema itu seharusnya dilihat sebagai ruang serta peluang untuk rakyat meningkatkan jati diri demi negara dan bangsa.
"Cogan kata ini amat bertepatan dengan sambutan Hari Malaysia yang melambangkan kesatuan, perpaduan serta semangat kerjasama utuh dalam kalangan masyarakat majmuk sebagai tonggak untuk merealisasikan harapan Malaysia MADANI.
"Saya dengan ini meminta hadirin berdoa agar Malaysia terus menjadi aman serta makmur dan rakyat berjiwa kental dan teguh dalam menyokong usaha Kerajaan Perpaduan untuk mengemudi tanah air sehingga menjadi negara yang serba maju," katanya ketika berucap pada sambutan malam tadi.
Terdahulu, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi berkata pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2023 merupakan satu penghormatan kepada Bumi Kenyalang.
Julaihi, selaku menteri bertanggungjawab bagi sambutan berkenaan, berkata langkah itu juga bertepatan memandangkan Sarawak adalah negeri yang mencerminkan kepelbagaian kaum yang mencorakkan Malaysia.
Beliau juga berkata setiap rakyat perlu menghayati detik sejarah penubuhan Malaysia sekali gus membentuk jati diri.
"Bangsa yang berjaya adalah bangsa yang menggerakkan generasinya yang celik sejarah, penghayatan sejarah akan membentuk jati diri dan menzahirkan identiti anak Malaysia yang jitu.
"Sejarah penubuhan Malaysia wajar diberi keutamaan dalam sistem pendidikan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Upacara Menandatangani Buku Khas Hari Malaysia pada Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 di Stadium Perpaduan, Kuching, malam tadi. --fotoBERNAMA
UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia
UTM berada pada kedudukan ke-85 tahun ini berbanding ke-161 tahun sebelumnya dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education 2024.
Raja Salman undang 1,000 warga Palestin tunaikan haji
Raja Arab Saudi undang 1,000 jemaah daripada keluarga syahid, tahanan dan rakyat Palestin yang cedera untuk menunaikan haji tahun ini.
PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
FAM tarik nafas lega, tingkat fokus majukan landskap bola sepak negara
FAM kini memberikan tumpuan memajukan landskap bola sepak negara selepas dua dakwaan salah guna kuasa diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM di Amsterdam
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang semalam di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Tiga lagi kakitangan Kastam didakwa rasuah kes lori lolos pemeriksaan di KLIA
Mereka yang bertugas di JKDM KLIA, didakwa memperoleh untuk diri sendiri, suapan mengikut jumlah berkenaan, daripada seorang pemilik syarikat berusia 38 tahun.
Lelaki melecur ketika cuba selamatkan kereta Honda dalam kebakaran
Seorang lelaki melecur tahap dua semasa cuba menyelamatkan kereta jenis Honda FD miliknya yang terbakar di Kampung Wakaf Lichong di sini pada Khamis.
Angin kuat sehingga pesawat di pakir landasan bergerak
Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan di Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan berkata subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
AWANI Ringkas: Bekas Presiden PPOC mengaku salah pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sambutan Hari Malaysia 2023 berjaya zahir semangat 'Segulai Sejalai'
Sambutan kali ini bertepatan dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengangkat perpaduan sebagai kunci utama kestabilan negara.